PENGERTIAN & HUKUM IBADAH KORBAN
Korban
atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada
ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu
(termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10
Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana
bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
HUKUM
MELAKUKAN IBADAH KORBAN
- Imam Syafie
berpendapat hukum melakukan ibadah korban ini adalah sunat Muakkadah
iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu
Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan
melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak
sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
- Makruh meninggalkan
ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
- Hukum korban ini
menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk
melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk
melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan
korban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
- Daging korban
wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya korban dan
tanggungannya.
MENUNAIKAN IBADAH KORBAN DAN
AKIKAH DI KEMBOJA DAN BANGLADESH, Di negara yang sangat memerlukan. SATU
BAHAGIAN LEMBU UNTUK KORBAN ATAU AKIKAH RM 230 SAHAJA. BAGI SAEKOR KAMBING
HANYA RM550. BAGI YANG BERHAJAT HUBUNGI HJ JOHARI 019-5003340 UNTUK KETERANGAN
LANJUT. Anda yang berminat untuk turut serta melaksanakan ibadah Korban dan
berhari raya di negara orang serta melawat tempat-tempat bersejarah. hubungi
kami untuk
keterangan.
Untuk Borang Ibadah Korban dan Akikah klik gambar disebelah.