JAM DIGITAL

Saturday, May 19, 2012

HUKUM IBADAH KORBAN



PENGERTIAN & HUKUM IBADAH KORBAN 

Korban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
HUKUM MELAKUKAN IBADAH KORBAN
  • Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah korban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
  • Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
  • Hukum korban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan korban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
  • Daging korban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya korban dan tanggungannya.
 MENUNAIKAN IBADAH KORBAN DAN AKIKAH DI KEMBOJA DAN BANGLADESH, Di negara yang sangat memerlukan. SATU BAHAGIAN LEMBU UNTUK KORBAN ATAU AKIKAH RM 230 SAHAJA. BAGI SAEKOR KAMBING HANYA RM550. BAGI YANG BERHAJAT HUBUNGI HJ JOHARI 019-5003340 UNTUK KETERANGAN LANJUT. Anda yang berminat untuk turut serta melaksanakan ibadah Korban dan berhari raya di negara orang serta melawat tempat-tempat bersejarah. hubungi kami untuk keterangan.    
Untuk Borang Ibadah Korban dan Akikah klik gambar disebelah.                                                                                                 

No comments:

Post a Comment